Wednesday, 24 October 2012

SYUKUR ALHAMDULILLAH...

Hari ini merupakan hari yg paling gembira buat ku kerana aku telah pun menyempurnakan tugasan yang diberikan pensyarah kepadaku dengan sebaik mungkin.

Akhirnya aku dpat markah penuh..syukur alhamdullilah...walaupun markah tu just 10 markah..tapi bgku ianya cukup penting bg membantu aku dalam peperiksaan sebagai markah bonus.


P/S: BaCa LaH Doa Ini !!! SeMoGa SeGaLa UrUsan Kita DipermudahKaN OlEhNyA...


Tuesday, 23 October 2012

MY BEST FRIENDS!!!



Dalam hidupku aku mempunyai seorang kawan bek. Aku berkawan dengan dia sejak dari kecik lagi..Haa nama dia Siti Nor Suziana binti Zulkifli...dia baru je hbs belajar..sekarang dah jadi guru ganti kat sekolah menengah pe tah aku pun dah lupa...huhu...

Beza aku ngan dia, umur dia 24 thun aku lak baru 22 tahun..hehe...tapi nmpak cm aku yang tua kan??Dia pun anak yatim cm aku jugak...mak dia dah meninggal dah lama...tapi dia tetap seorang yang kuat...buktinya dia berjaya dalam hidup dia...

Contohnya, dia ni merupakan pelajar terbaik masa kat sek men lagi..kat UPSI pun dia merupakan seorang pelajar yng cemerlang...aku sangat kagum dengan dia...setiap sem  dapat anugerah DEKAN n xpayah bayar duit PTPTN..bestkan..aku lak hampeh..hihi..xpernah dapat (cukup2 makn je)...arap2 sem ni dapat la..Insyallah...

Dia seorang yg istimewa dalam hidupku walaupun dahulu, kami berselisih faham dalam tempoh yang agak lama..tapi aku tetap sayang dia...kerana aku tahu masa tu aku ngan dia tersepit kat tgh2 masalah yang xtahu bila akan selesai!!!...

Friday, 19 October 2012

RINDU SERINDUNYA...

Ya Allah..knape la sejak 2 3 ari ni..aku merasa tidak sedap hati...kadang2 jiwaku memberontak seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena....

Aku sememangnya ada bnyak masalah..makin lama aku pendam, makin nk pecah je kpala otak ni....

Senarai masalah yang aku hadapi ialah:


  • Masalah nk buat tesis..(tajuk masih pening2 lalat)
  • Aku takut gagal dan xdapat knvo sbb tesis
  • Masalah kewangan..(dah cuba berjimat, nk mintak kat ayah kcian lak...nsib bek ada lagi simpanan kat bnk)...masalahnya kalu duit dah hbs aku nk mtak ngann sape????????ngan ayah..xla kot..aku sayang ayah..aku xnk susahkan ayah...
  • Masalahnya yang xboleh blah dalam kpala otak aku ni...aku terlalu rindukan arwah ibuku..Rindu sesangat..(ni bukan masalah rasanya...cuma aku terlalu merindui kasih sayang seorang ibu).

Sebaiknya, aku xpatut merungut bila diuji oleh allah kerana bagiku...

Photo: BETUL kan ?

dipersilakan SHARE <3

apa yang penting aku harus bersabar....insyallah..

Thursday, 26 April 2012

TABAH DISAAT TERHINA....

Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI


dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.



P/S..COPY N PASTE DALAM FB...SEKIAN!!!

Monday, 23 April 2012

HOHOHO

Perpisahan memang sesuatu yang menyakitkan...Stiap orang pasti akan melaluinya..begitu jugak dgn aku!!!Aku  xsangka orang yang aku sayang dan percayai rupanya xboleh pakai..rasa nk ludah je kat muka dia...kejamkn aku ni....

Setiap orang sentiasa membuat kesilpan, xkirala dalam apa jua perkara termasuk aku...aku tahu aku xperfect di mata dia  dan setiap manusia tu xsempurna..yang sempurna hnyallah DIA (ALLAH YANG BERKUASA)

Sememangnya aku telah memaafkan dia tapi tuk menerima dia lagi dalam idup aku rasanya xmungkin...kalau aku bgi peluang sekali pun..aku takut benda ni akan berlaku lagi...

MEMAAFKAN MEMANG AMAT MUDAH....
                                           

                                                                        TAPI UNTUK...



                                                             MELUPAKANNYA MEMANG AMAT PAYAH....=)













Friday, 16 March 2012

DUHAI IBUKU...

KE MAKAM BONDA
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

Rinduku pada arwah mek teramat mendalam....aku terlalu rindukan arwah mek...aku xtahu nk wat mcm mana lagi....ya allah tolong la hambamu ini.....Aku tiada tempat mengadu selain daripada dirimu....Ampuni la dosa arwah ibuku...tempatkanlah dirinya di kalangan orng yang beriman..jadikanlah lubung kuburnya... sebagai.salah satu dari taman-taman syurga mu Ya ALLAH....AMIN..

Mek....walaupun mek telah tinggalkan ti buat selamanya...ti xkan lupakan mek....sabar la tunggu kedatangan ti ek....ti rindu sangat ni kat mek...maafkan ti sebab ti xtahu mek sakit tenat.....lu ti tahu ajal mek dah semakin dekat...sesat pun ti xkan tinggalkan mek......

Mek...ketahuilah dirimu adalah  seorang ibu yang sangat baik..Mek terlalu menyayangi ayah dan keluarga kita....walaupun sejak dari kecil lagi mek idup susah, mek tetap bekerja walaupun kesihatan mek xmenentu......WAlaupun pnat bekerja mek tetap jugak berkerja wakaupun mek sakit.....

Mek...idup ti dah xlengkap sejak mek pergi...ti dah jadi anak yatim....ti kehilangan kasih sayang seorang ibu....terlalu perit tuk ti lalui kehidupan tanpa seorang ibu.....ti jadi cemburu tiap kali kawan2 ti tel mak masing2...sebab ti xdapat tel mek lagi seperti dulu2....ti rindukan leteran mek, ti rindukan pelukan mek, ti rindukan senyuman mek,ti rindukan segala2nya tentang mek....

Mek...setiap mlm ti xdapat nk lelapkan mata kerana terlalu rindukan mek....mcm2 yang bermain kat kepala ti..bgaimana la keadaan mek di sana....hnya doa saja yang dapat t kirimkan tuk mek.....

Mek...masihkah mek ingat lagi mek suka sangat tanam pokok bunga ngan pelihara kucing???....hnya tu semua yang menjadi pengubat rindu ti bla tringat kat mek.........tapi nape sejak mek xde bunga mek semuanya jadi layu??ti dah siram tapi nape xmau idup gak???

Mek...ti akan ingat pesanan mek..ti akan jaga ayah dengan baik2...balaja sampai hbs...tunggu la kedatangan ti di sana...insyallah..AMIN!!

<3...Ari ni tol2 buat ti sdh mek.....terlalu sedih!!!!






Wednesday, 14 March 2012

OMBAK DAN PANTAI....






 












Aku suka melihat ombak dan pantai. Walaupun ada pasang surut, gelora melanda, mereka tetap bersama.......tiada siapa yang boleh memisahkannya..kecuali ALLAH S.W.T...

Dan yang paling penting..Sentiasa SETIA!!!...ombak selalu mengejar pantai...pantai pula setia menunggu ombak walaupun sakit dipukul ombak.......

Bagiku perkataan SETIA mendalam mksudnya....setia pada Allah,pada Rasul, setia pada ibu bapa, setia pada sahabat dan last sekali mestila setia pada cinta...........

Untuk jadi seorang yang setia...kadang kala susah....bnyak... cabaran dan dugaan...aku sendiri kadang2 xdapat setia pada si dia....sebabnya aku keliru...namun aku benar2 menyayangi dirinya!!!!

P/S....Mek walau pun mek telah tinggalkan ti dan keluarga kita buat selama-lamanya..Ti tetap akan setia menunggu untuk bertemu lagi dengan Mek...Semoga dengan Kesetiaan ini kita sekeluarga dapat berjumpa lagi di akhirat nanti...AMIN